suria

Kebakaran: Ibu Teringat Anak Menjerit Kesakitan

Ibu mangsa kebakaran, Zuriyana Marjunit, 40, (kiri) menyiram air mawar di pusara dua anaknya yang maut di rumah mereka di Batu 4, Ijok, Khamis. Dua anaknya Allahyarham Muhammad Darnish Irfan Muhd Azmi,15, dan Allahyarham Muhammad Darnish Israk,14, rentung dalam kebakaran itu

KUALA SELANGOR: Seorang ibu tidak dapat melupakan bagaimana dua orang anaknya merintih kesakitan akibat kebakaran yang berlaku di di rumah mereka di Jalan Batu 4, Kampung Batu 4, Ijok awal pagi Khamis.

"Ibu, aduh sakit, tolong, tolong". Iniah rintihan terakhir si anak yang sukar dilupakan si sibu Zuriyana Marsunit, 38, yang akhirnya kedua-dua anaknya itu menemui ajal tanpa dapat ditolongnya.

Hatinya menjadi luluh apabila usahanya untuk memasuki bilik kedua-dua anaknya yang sedang tidur bagi menyelamatkan mereka gagal kerana api terlalu marak.

Ibu tunggal ini turut melecur pada muka dan tangan akibat kebakaran kira-kira 4.20 pagi itu yang pihak polis berkata siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kejadian litar pintas.

"Saya cuba masuk melalui pintu bilik anak-anak saya, tetapi api sangat marak. Saya pergi pula ke tingkap bilik mereka, saya menjerit sambil mengetuk tingkap berkali-kali dan memanggil mereka keluar.

"Tetapi saya hanya mendengar rintihan kesakitan mereka. Sebak hati saya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya tersangat sedih saya tidak dapat menolong mereka," kata Zuriyana dengan linangan air mata ketika ditemui Bernama.

Dalam kebakaran itu, dua beradik berkenaan iaitu Muhammad Danish Irfan Mohamad Azmi, 15, dan Muhammad Darwisy Israk Mohamad Azmi, 14, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Musa Bestari Jaya ditemui rentung.

Bercerita lanjut, beliau berkata kali terakhir beliau bertemu kedua-dua anaknya ialah awal pagi semalam ketika mengejutkan mereka untuk ke sekolah sebelum beliau keluar bekerja di Pelabuhan Klang.

"Adik (Muhammad Darwisy Israk) ada minta duit lebih sebab katanya nak buat kerja di sekolah. Itulah permintaan terakhirnya daripada saya," katanya.

Sementara itu nenek adik-beradik berkenaan Sainah Saidi, 71, berkata  Zuriyana berusaha beberapa kali untuk menyelamat anak-anaknya tetapi terhalang oleh api yang marak.

"Saya sendiri tersedar daripada tidur sebab dengar Ana (Zuriyana) jerit panggil saya suruh keluar dari bilik. Bila saya buka pintu bilik, saya nampak api merah menyala dan sangat besar.

"Nasib baik dalam keadaan panik itu saya teringat nak buka kunci pintu bilik saya untuk selamat diri," ujarnya.

Jenazah dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Badong  kira-kira 11 pagi tadi.

Artikel Berikut

Artikel Lain