MP Pembangkang Berarak Bantah Penahanan Rafizi Boleh Ditahan Dibawah APA - Semasa | mStar

MP Pembangkang Berarak Bantah Penahanan Rafizi Boleh Ditahan Dibawah APA

Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang yang menyertai protes jalanan dari Parlimen menuju ke Bukit Aman sebagai tanda solidariti terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli boleh dan akan ditahan mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA), kata Ketua Polis Negara.

Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya pada Rabu berkata akta tersebut melarang sebarang protes jalanan.

"APA juga melarang sebarang protes jalanan dan penganjur bersedialah untuk berhadapan tindakan tegas," tulisnya menerusi Twitter @KBAB51.

Khalid berkata, penahanan Rafizi adalah mengikut undang-undang dan polis menyerahkan kepada Peguam Negara dan mahkamah untuk membuat keputusan.

Pada Rabu, Ahli Parlimen pembangkang berkata mereka akan berarak dari bangunan Parlimen ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pagi Khamis untuk membantah penangkapan Rafizi.

Rafizi ditahan di hadapan Parlimen kira-kira pukul 6.20 petang Selasa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Khalid Abu Bakar , PDRM , Rafizi Ramli , APA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain