Mohamad Aziz Bingung Anak Dedah Gerakan Singkir MB Johor - Semasa | mStar

Mohamad Aziz Bingung Anak Dedah Gerakan Singkir MB Johor

Mohamad Aziz

JOHOR BARU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz bingung berhubung pendedahan anak lelakinya berkaitan komplot untuk menyingkirkan Datuk Mohamed Khaled Nordin selaku Menteri Besar.

Malahan, beliau sendiri tidak tahu jika gerakan seperti mana didakwa anaknya, Shukur Mohamad menerusi laman media sosial, Facebook itu benar-benar berlaku.

"Saya mahu tahu hal sebenar berhubung perkara ini tetapi setakat ini dia masih tidak menjawab panggilan telefon saya dan saya masih menunggu dia menghubungi saya semula.

"Jika benar ada gerakan sepertimana kata Shukur, saya mahu tahu dari mana dia peroleh maklumat itu dan siapa lagi yang terlibat," katanya ketika dihubungi The Star, Rabu.

Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Umno berkata, Shukur dan anaknya yang lain adalah ahli Umno di Bahagian Sri Gading.

"Saya terima banyak panggilan bertanyakan mengenai posting anak lelaki saya, tetapi seperti saya katakan tadi, saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini," katanya yang enggan mengulas lanjut sehingga mendapat penjelasan Shukur.

Menurut tulisan di laman Facebook, Shukur  mendakwa ada gerakan yang diketuai seorang timbalan menteri dari Johor untuk menukar Menteri Besar negeri itu.

"Ada satu gerakan yang sedang dibuat oleh seorang timbalan menteri untuk mencantas menteri besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Gerakan ini kononnya hendak meletak timbalan menteri ini menjadi menteri besar Johor bagi pihak (Datuk Seri) Najib Razak menjaga dan mengekang ahli Umno Johor," tulisnya.

Shukur juga memberitahu, timbalan menteri itu menawarkan RM1 juta kepada individu yang mampu mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 20 cawangan Umno bahagian Pagoh untuk menolak bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  sebagai ketua bahagian.

Pemimpin politik yang sama juga mahu Umno negeri itu yang dipengerusikan Mohamed Khaled supaya mengadakan forum terbuka kepada semua ahli di negeri berkenaan dan menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi; Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zakarshi; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dan Muhyiddin.

Setakat ini, Shukur tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan maklumbalas lanjut berkaitan isu ini.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain