Tongkang Anand 12 Yang Dirampas Abu Sayyaf Ditemui - Semasa | mStar

Tongkang Anand 12 Yang Dirampas Abu Sayyaf Ditemui

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Lahad Datu menemui sebuah tongkang yang didaftarkan atas nama 'Anand 12' yang dipercayai dirampas kumpulan militan Abu Sayyaf di kawasan perairan Filipina pada 26 Mac lepas.

Pengarah Maritim Daerah Sandakan, Kapten Maritim A. Razak Abd Rahman berkata tongkang milik bot tunda Brahma 12 yang dirampas ketika dalam perjalanan dari Kepulauan Borneo ke Filipina pada hari kejadian itu dijumpai APMM semalam kira-kira jam 1.05 tengah hari di dalam kawasan Perairan Tungku, Lahad Datu.

"Semasa operasi mencari, APMM telah menggerakkan dua aset dari Pangkalan Maritim Lahad Datu (PM 17) iaitu Bot Kilat 51 dan Banggi 35. Manakala Pasukan Polis Marin (PPM) menggerakkan Bot PA 47.

Operasi yang dimulakan pada jam 10.30 pagi dan berakhir sebaik ditemui pada jam 1.05 tengah hari adalah hasil kerjasama erat dari pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan PPM Lahad Datu," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

A.Razak berkata tongkang itu dipercayai telah hanyut dari Terumbu Alice, Filipina dan memasuki perairan Malaysia.

Katanya ketika ditemui tongkang itu dalam keadaan terapung di posisi 8.4 batu nautika Timur Laut Platform Tun Sharifah Rodziah (TSR) dan 13.7 batu nautika Tenggara Tanjung Tungku.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati, tiada orang di atas tongkang dan tongkang tersebut mengandungi lebih kurang 7,000 tan metrik arang batu," katanya.

Dalam kejadian pada 26 Mac itu, bot tunda dan tongkang yang membawa arang batu dari Kepulauan Borneo ke Filipina itu dirampas kumpulan militan Abu Sayyaf manakala 10 kru bot tunda berkenaan, semuanya warganegara Indonesia, telah diculik untuk mendapatkan wang tebusan.

Anand 12 , APMM , A. Razak Abd Rahman

Artikel Sebelum

Koc LRT Jadi Pentas Peragaan Fesyen

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain