suria

Putrajaya Catat Kadar Obes Tertinggi Di Negara Ini

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Malaysia dikenali sebagai negara yang mempunyai penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia Tenggara. Kini, ia terbukti dengan bandar pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya mencatatkan kadar tertinggi bagi orang yang mengalami berat badan berlebihan dan obes di negara ini.

Hasil Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) meletakkan Putrajaya sebagai bandar yang mempunyai peratusan tertinggi bagi berat badan berlebihan, obesiti dan kegemukan di bahagian abdomen.

Kajian turut mendapati populasi di pusat pentadbiran kerajaan itu mempunyai peluang 37 peratus bagi berat badan berlebihan, manakala kadar obesiti pada 43 peratus.

Apa yang lebih mengejutkan, menurut NHMS, kakitangan kerajaan dan separa kerajaan mendorong kepada kadar berkenaan apabila kebanyakan mereka mengalami obesiti, dengan 40.3 peratus.

Ini bermakna dua bagi setiap lima penjawat awam di Malaysia mungkin mengalami obesiti.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, terdapat 1.4 juta penjawat awam di negara ini, dan ia merupakan perkhidmatan awam terbesar di Asia Tenggara.

Demografi obesiti lain menunjukkan bahawa kaum India (43.5 peratus) dewasa berkahwin (33.8 peratus) dan mereka yang hanya mempunyai pendidikan di peringkat sekolah menengah (32.1 peratus).

Hasil kajian itu meletakkan kerajaan dalam keadaan yang memalukan kerana ia berperanan untuk menurunkan bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai berat badan berlebihan dan mengalami obesiti.

"Dengan bilangan mereka yang mengalami obesiti meningkat, negara kini berdepan dengan lonjakan terhadap penyakit tidak berjangkit seperti diabetis dan penyakit kardiovaskular," rumusan kajian itu menyifatkan situasi rakyat Malaysia mengalami obesiti merupakan sesuatu yang amat membimbangkan.

obesiti, NHMS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain