Waspada Terhadap Individu Menyamar Pegawai Penguatkuasa KPDNKK - Semasa | mStar

Waspada Terhadap Individu Menyamar Pegawai Penguatkuasa KPDNKK

Mohd Khalis Kasim (kedua, kiri) menunjukkan barang-barang berjenama tiruan yang dirampas.

IPOH: Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap individu yang menyamar sebagai pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan menipu mangsa berhubung perolehan lesen perniagaan.

Timbalan Pengarah KPDNKK Perak Mohd Khalis Kasim berkata, sekiranya peniaga didatangi pegawai penguatkuasa KPNDKK, mereka perlu meminta pegawai terbabit menunjukkan kad kuasa.

"Langkah ini bagi mengelak mangsa di tipu. Dalam situasi ini, kebiasaannya penguatkuasaan dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua orang pegawai," katanya kepada pemberita di pejabatnyapada Sabtu.

Beliau berkata dalam kes terbaharu pada 28 Mac lepas, seorang lelaki warga emas ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai penguatkuasa KPDNKK dan menawarkan lesen perniagaan kepada mangsa dengan harga RM60.

Mohd Khalis berkata lelaki terbabit datang ke gerai makan milik mangsa di Pasir Puteh di sini, kira-kira pukul 8 pagi dan meminta mangsa menunjukkan lesen perniagaannya.

"Mangsa memberitahu bahawa dia tidak mempunyai lesen perniagaan dan suspek menawarkan lesen kepada mangsa serta memintanya membayar RM60. Tiga hari kemudian, suspek menyerahkan satu salinan surat kelulusan perniagaan palsu kepada mangsa," katanya.

Beliau berkata apabila meragui tindakan suspek itu, mangsa memberitahu anaknya dan menghubungi pejabat KPDNKK untuk mendapatkan pengesahan.

"Pihak kami mendapati mangsa ditipu kerana surat yang diterima oleh mangsa berbeza dengan surat sebenar. Anak mangsa kemudian membuat laporan polis,"katanya dan menambah polis sedang mengesan suspek terbabit. -Bernama

Mohd Khalis Kasim , KPDNKK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain