suria

The Star Rangkul Dua Anugerah Media Asia

MANILA: The Star merangkul dua hadiah di Anugerah Media Asian ke-15 anjuran Persatuan Akhbar dan Penerbit Akhbar Dunia (WAN-IFRA) di sini.

Laporan mengenai suku kaum Serawan di Perak oleh projek dokumentari multimedia R.age iaitu platform berita mengenai belia dan gaya hidup The Star memenangi anugerah perak dalam kategori Rencana Terbaik.

Penerbit kanan R.age, Elroi Yee dan wartawan Shanjeev Reddy menghabiskan masa selama seminggu tinggal bersama masyarakat orang asli di dalam hutan di Perak untuk menyiasat dakwaan mengenai kewujudan penyakit misteri yang dikenali penduduk tempatan sebagai serawan - yang telah membunuh ramai kanak-kanak.

Sementara itu wartawan Farik Zolkepli dan P. Aruna memenangi anugerah gangsa dalam kategori Kandungan Editorial Terbaik bagi laporan berkaitan visa yang disiarkan pada tahun lepas.

Anugerah itu bagi laporan eksklusif siasatan mengenai peningkatan mendadak yuran visa untuk pekerja asing yang memasuki Malaysia.

Artikel Lain