Tiada Rakyat Malaysia Jadi Penumpang Egypt Air - Semasa | mStar

Tiada Rakyat Malaysia Jadi Penumpang Egypt Air

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dikenal pasti menjadi penumpang atau anak kapal Penerbangan MS181 Egypt Air, yang dirampas awal pagi Selasa.

Jurucakap Kementerian Luar Malaysia berkata perkara itu disahkan melalui pemeriksaan terhadap daftar muatan pesawat berkenaan.

"Menurut daftar muatan penerbangan, tiada rakyat Malaysia dikenal pasti setakat ini," katanya apabila dihubungi.

Pesawat Airbus MS181 itu dirampas ketika dalam penerbangan dari Iskandariah ke Kaherah.

Pesawat yang membawa 81 penumpang dan anak kapal itu dipaksa melencong ke Lapangan Terbang Larnaca di pantai selatan Cyprus.

Menurut kenyataan rasmi Egypt Air, seorang daripada penumpang, yang memakai tali pinggang bunuh diri, mengancam pegawai pemerintah, hanya dikenali sebagai 'Pilot Omar', dan memintanya melencongkan pesawat itu ke Cyprus.

Sementara itu, dalam tweet terbarunya, syarikat penerbangan berkenaan berkata rundingan dengan perampas membawa kepada pembebasan semua penumpang, kecuali anak kapal dan empat rakyat asing. - BERNAMA
Egypt Air , rampasan pesawat

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain