suria

Kongres Rakyat: Rafizi Mahu Perhimpunan Mingguan Diadakan

Rafizi Ramli.

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli menggesa perhimpunan mingguan diadakan sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak berundur sebagai perdana menteri.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Panda berkata perhimpunan one-off seperti kongres "Selamatkan Malaysia" yang diadakan pada Ahad tidak cukup untuk memberi tekanan kepada Najib dan menuntut perubahan dalam kepimpinan.

"Mari kita berkumpul dan bertemu setiap minggu sehingga beliau meletak jawatan. Saya ingin menjemput sesiapa sahaja untuk datang ke kenduri besar di Pandan," kata Rafizi.

Beliau mencadangkan untuk bertemu di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.

"Insyallah, jika kita bertemu seperti ini setiap minggu, kita akan mendapat seorang perdana menteri baharu," katanya.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR turut berseloroj bahawa beliau ingin dilantik sebagai 'penyiasat' untuk meneliti skandal kewangan apabila seorang perdana menteri baharu mengambil alih tampuk pemerintahan sedia ada.


Kongres Rakyat, Rafizi Ramli

Artikel Lain