suria

Budak Lelaki Maut Terperangkap Dalam 'Kereta Lama'

LANGKAWI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun lemas selepas terperangkap kira-kira satu jam di dalam sebuah kereta lama di luar rumahnya ketika suhu di sini mencecah 34ºC.

Muhammad Asyraaf Abdullah menyelinap masuk ke dalam kereta bapanya untuk bermain, ketika ibunya berada di tempat kerja dan bapanya sedang menonton TV di rumahnya di Kampung Kelibang, kira-kira pukul 4 petang Khamis.


Beberapa penduduk kampung yang lalu di situ ternampak kanak-kanak berkenaan di dalam kereta dan bergegas untuk menyelamatkannya tetapi ketika itu dia sudah kelihatan 'pucat dan biru'.


Difahamkan, bapanya sedar bahawa anaknya itu tiada di rumah dan mencari di mana dia berada tetapi tidak menjangkakan anaknya itu berada dalam kereta Nissan Sunny lama tersebut.


Penduduk kampung dan pelancong asing cuba melakukan bantuan pernafasan terhadap Muhammad Asyraaf tetapi mangsa gagal diselamatkan.

Dia dikejarkan ke Hospital Langkawi di mana sebaik sahaja tiba, dia disahkan telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes itu sedang disiasat.

Artikel Sebelum

Artikel Lain