Pelajar Maut Dipercayai Terjerut Pada Buaian - Semasa | mStar

Pelajar Maut Dipercayai Terjerut Pada Buaian

Nur Syahirah Mustafa
ALOR SETAR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut dipercayai akibat terjerut pada jaring buaian di rumahnya di Kampung Alor Kumbang, Bukit Jenun, Pendang, Rabu.

Mangsa Nur Syahirah Mustafa, 14, sebelum itu dikatakan sedang bermain  buaian yang digantung pada tiang di depan rumahnya bersama anak saudaranya yang berumur setahun.

Kakak mangsa Norliza Mustafa, 37, berkata kira-kira pukul 4.50 petang adiknya membawa masuk anak lelakinya itu ke dalam rumah kerana kanak-kanak tersebut menangis sebelum adiknya keluar semula bermain buaian.

"Selang 40 minit kemudian, bapa saudara saya masuk ke dalam rumah dan memaklumkan adik saya terjerut di jaring buaian.

"Saya keluar melihat keadaannya sebelum kami membawanya ke Hospital Yan di mana adik saya disahkan telah meninggal dunia," katanya di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Norliza berkata pada hari kejadian adiknya tidak ke sekolah kerana sekolah ditutup akibat cuaca panas.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Fadzil Hashim berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Bapa saudara mangsa yang tinggal bersebelahan rumah mangsa dilapor cuba mengejutkan mangsa yang disangkakan sedang tidur di buaian. Namun mangsa yang dikejutkan beberapa kali tidak juga bangun.

"Mangsa dijumpai dalam keadaan terduduk di buaian dan kemudian dihantar ke hospital dan doktor memberitahu terdapat kesan jerutan di leher mangsa," katanya.

Beliau berkata punca sebenar kematian mangsa sedang disiasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

DAP Adakan Mesyuarat Tergempar Esok

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain