suria

Murid Maut Dipanah Petir Ketika Main Bola Sepak

IPOH: Seorang murid Sekolah Rendah Kebangsaan Kampar maut dipanah petir ketika bermain bola sepak bersama rakannya di padang permainan Taman Cahaya dekat Kampar di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata mangsa Muhammad Udin Dulkafi, 12, bermain bola sepak bersama kira-kira empat orang rakannya ketika hujan dan ribut petir.

"Jiran mangsa memaklumkan kepada polis bahawa dia terdengar bunyi petir yang kuat dan mangsa tiba-tiba rebah. Jirannya kemudian menaiki kereta menuju ke padang dan membawa mangsa kepada ibu bapanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Kampar dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Khamis malam.

Artikel Lain