Batal 744 Biasiswa Luar Negara, Kerajaan Jimat RM240 Juta Setahun - Semasa | mStar

Batal 744 Biasiswa Luar Negara, Kerajaan Jimat RM240 Juta Setahun

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM240 juta dianggarkan dapat dijimatkan setahun apabila kerajaan membatalkan 744 biasiswa kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata sehingga kini jumlah pelajar yang belajar di luar negara di bawah tanggungan kerajaan adalah seramai 7,736 orang.

"Purata kos perbelanjaan kerajaan untuk seorang pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk setiap tahun adalah berbeza mengikut negara dan bidang pengajian yang diikuti oleh pelajar," katanya menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Teresa bertanyakan anggaran jumlah kos yang dijimatkan apabila kerajaan membatalkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan jumlah pelajar serta kos terlibat.

Azalina berkata anggaran kos penajaan bagi seorang pelajar dalam negara adalah antara RM10,350 hingga RM12,690 setahun manakala bagi tajaan pelajar ke luar negara pula antara RM38,115 hingga RM277,515 setahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mayat Penuntut UMT Lemas Ditemui

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain