Jangan Jadi 'Ketam Dalam Bakul' - Ku Nan - Semasa | mStar

Jangan Jadi 'Ketam Dalam Bakul' - Ku Nan

Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan Tengku Mansor.

SHAH ALAM: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua ahli Umno supaya tidak bersikap 'ketam dalam bakul' yang sanggup berbuat apa sahaja demi melihat parti tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung Umno berkata demikian bagi merujuk kepada pengumuman bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini untuk bersama-sama pembangkang dan rakyat dalam menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, pemimpin-pemimpin dalam Umno dinasihatkan supaya tidak mempunyai sikap buruk yang boleh merosakkan parti.

"Ketam dalam bakul akan berbuat apa sahaja bagi merosakkan hasrat mereka yang mahu ke hadapan.

"Kita seharusnya setia kepada kepimpinan Umno. Kita ada sistem pilihan raya dan Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih secara rasmi menerusi sistem berkenaan.

"Jadi mengapa kita hendak runtuhkan institusi ini? Jangan jadi seperti 'ketam dalam bakul' dan janggan musnahkan parti," kata Tengku Adnan pada majlis perasmian mesyuarat Umno cawangan dan sayap parti di sini, Sabtu malam.

Setiausaha Agung Umno itu berkata, beliau mahu semua ahli parti bersatu-padu bagi memastikan parti terus kukuh.

Tengku Adnan berkata, beliau telah bersemuka dengan Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta mereka supaya berhenti mengadakan serangan terhadap Najib.

"Bagaimanapun, mereka angkuh (untuk terima permintaan saya).

"Keadaan tidak akan berlaku seperti hari ini sekiranya tiada yang bersikap angkuh," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PAS Tanding 11 Kerusi PRN Sarawak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain