Polis Tahan 12 Suspek Samun Lori Kontena - Semasa | mStar

Polis Tahan 12 Suspek Samun Lori Kontena

SHAH ALAM: Polis menahan 12 suspek termasuk dua wanita dipercayai terlibat dalam kes samun lori kontena di sebuah pasar raya besar di Meru, Klang pada 31 Jan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata kesemua suspek berusia antara 24 dan 52 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di Kuang; Sri Damansara; Sungai Buloh dan Rawang, sejak 2 Mac hingga semalam.

"Turut ditahan, dalang sindiket serta seorang individu dipercayai pembeli barangan curi berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini, Jumaat.

Dalam kejadian pada 4 pagi itu, lori bermuatan makanan, kosmetik dan barangan elektrik bernilai RM40,000 disamun sekumpulan lima lelaki ketika sedang berehat sementara menunggu pasar raya berkenaan dibuka.

Pemandu dan kelindan lori itu kemudian diikat dan dibawa menaiki sebuah kereta sebelum ditinggalkan di Selayang.

Menurut Mohd Adnan, lori berkenaan kemudian dijual kepada sebuah kedai menjual alat ganti kenderaan terpakai di Rawang.

Tambah beliau, kumpulan sindiket terbabit dipercayai bergerak aktif sejak 15 tahun lepas.

"Siasatan mendapati, dalang sindiket itu mempunyai 22 rekod kes lampau bersabit samun dan rompak, kami percaya sindiket ini turut terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah lain antaranya pecah rumah dan kilang selain menyamun lori," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan 392 Kanun sama.

Samun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain