suria

PAS Akan Sokong Undi Tak Percaya PM Jika Dibentang Di Parlimen

Takiyuddin Hasan.

KUALA LUMPUR: PAS akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sekiranya ia dibentangkan di Parlimen.

"Ia tidak dibangkitkan di Parlimen sebelum ini. Jika ia dilakukan, kita akan sokong," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

"Tetapi biarlah ia berlaku dahulu dan kita tengok macam mana. Jika pembangkang yang bentangkan, sudah tentu PAS akan sokong," katanya.

Ditanya mengapa PAS tidak menyokong deklarasi rakyat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, Takiyuddin berkata, walaupun beliau bersetuju dengan cadangan deklarasi berkenaan, tetapi PAS mahu sekiranya prosedur yang betul dilaksanakan.

Isnin lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebarang perubahan kepada kepimpinan negara perlu dibuat melalui proses demokrasi dan cara yang sah adalah melalui pilihan raya umum.

Takiyuddin Hasan, PAS

Artikel Lain