Elaun Keraian Menteri, Timbalan Menteri Kurang 10 Peratus - Semasa | mStar

Elaun Keraian Menteri, Timbalan Menteri Kurang 10 Peratus

KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa bulan ini, Kementerian Kewangan mengumumkan pengurangkan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri.

Langkah penjimatan itu diumumkan menerusi pekeliling bertajuk 'Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan' di laman web rasmi Perbendaharaan.

Pekeliling itu bertujuan memastikan semua ketua setiausaha kementerian; ketua jabatan; ketua badan berkanun; ketua eksekutif syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) dan ketua agensi lain yang menerima peruntukan kerajaan bagi mengoptimumkan perbelanjaan.

Menurut pekeling berkenaan, semua acara, majlis, mesyuarat, bengkel dan seminar mesti diadakan di premis kerajaan sahaja dan dikurangkan perbelanjaan sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Selain elaun keraian itu, langkah penjimatan lain yang diumumkan ialah membekukan pengambilan perjawatan baharu dan hanya membenarkan pengisian bagi menggantikan mereka yang bersara atau berhenti serta tidak membabitkan kewangan tambahan. 

"Pertambahan jawatan baharu hanya dibenarkan di dalam sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan dan kutipan hasil tetapi dikawal dengan ketat.

"Kekosongan jawatan lebih daripada dua tahun dimansuhkan manakala perlantikan pegawai kontrak baharu tidak dibenarkan, hanya boleh memperbaharui kontrak sedia ada," menurut dokumen itu.

Pekeliling itu turut menyatakan perbelanjaan bagi membayar elaun lebih masa akan diperketatkan di mana bagi perjalanan ke luar negara, ia hanya dibenarkan bagi urusan yang dijadualkan atau diluluskan.

Pada masa sama, pihak berwajib juga digalakkan untuk mewakilkan urusan di luar negara kepada duta atau ketua perwakilan Malaysia.

Selain itu, semua semua projek yang mempunyai komponen import yang tinggi perlu ditangguhkan dan pemberian geran kepada industri dikaji semula.

"Kementerian dan jabatan perlu mengenal pasti kaedah meningkatkan hasil dan cara lain untuk berjimat. Jika ia dapat dilaksanakan, kerajaan akan menimbangkan insentif bersesuaian," menurutnya.


Pekeliling , Perbendaharaan , elaun keraian

Artikel Sebelum

Usul Tidak Percaya Belum Berakhir

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain