suria

Calon #APO2016: Kenali Chef Azli Razali

PETALING JAYA: Pastinya ramai di kalangan anda yang gemar menonton rancangan masakan di televisyen.

Lambakan program masakan juga sebenarnya berjaya mencungkil bakat-bakat baharu dalam dunia kulinari hingga ada di antara tukang-tukang masak ini cukup dikenali di kalangan masyarakat.

Mereka kini lebih dikenali sebagai selebriti chef.

Bagi Chef Azli Razali yang tercalon dalam senarai pencalonan awal Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016), bakatnya mula dikenali selepas muncul dalam program Hidangan Barakah di TV AlHijrah.

Beliau yang dicalonkan bagi kategori Chef Selebriti Pilihan Online adalah pensyarah Seni Kulinari di Fakulti Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pulau Pinang.

Anak kelahiran Negeri Sembilan itu berkelulusan Diploma Latihan Chef di UiTM), Ijazah Sarjana Muda Perkhidmatan Makanan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Ijazah Sains Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bagi peminat Chef Azli Razali, beliau memerlukan sokongan anda untuk terus mencalonkannya dalam kategori Chef Selebriti Pilihan Online bagi menempa tiket ke kedudukan lima teratas APO2016.

Hanya pencalonan terbanyak akan berpeluang ke peringkat seterusnya iaitu pengundian lima calon teratas APO2016. Jika Chef Azli pilihan anda, jangan tunggu lama-lama, hantarkan pencalonan untuk kategori selebriti chef bagi anugerah yang julung kali diadakan ini.

Orang ramai yang ingin membuat pencalonan boleh melayari laman web khas iaitu http://apo.mstar.com.my/utama.aspx

Pencalonan untuk selebriti chef serta 16 kategori lain yang dipertandingkan boleh dikemukakan mulai sekarang hingga 31 Mac ini.

APO2016 dianjurkan bersama mStar Online dan Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Ia akan disiarkan secara langsung pada 30 April depan menerusi TV2 pada pukul 9 malam bertemakan Glam Digital.

#APO2016, Chef Azli Razali

Artikel Lain