Pelajar Tingkatan Satu Lemas Di Kolam Renang - Semasa | mStar

Pelajar Tingkatan Satu Lemas Di Kolam Renang

DUNGUN: Seorang pelajar tingkatan satu lemas ketika mandi dalam kolam renang di sebuah kelab di sini, petang Sabtu.

Mangsa Tan Yi Hong, 13, berkunjung ke kelab tersebut bersama anggota keluarganya kira-kira pukul 6.10 petang.

Bagaimanapun ketika sedang mandi kedua ibu bapa dan abang mangsa yang berada di tepi kolam berkenaan mendapati mangsa tenggelam timbul dan cuba menarik mangsa ke tepi namun gagal.

Beberapa pengunjung kelab yang menyaksikan insiden itu turut membantu dan terjun ke dalam kolam dan membawa mangsa naik.

Namun pelajar yang tinggal di Kampung Batu Lima gagal diselamat dan meninggal di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Lemas

Artikel Sebelum

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain