Tun M Keluar Umno Lagi - Semasa | mStar

Tun M Keluar Umno Lagi

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar Umno untuk kali kedua kerana menganggap parti itu kini lebih berperanan untuk mempertahankan presidennya.

Mantan presiden Umno itu berkata, ia juga sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Umno bukan lagi Umno dulu, saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Kali pertama Dr Mahathir membuat keputusan sama kerana tidak bersetuju dengan pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah pada 19 Mei 2008.

Bagaimanapun, selepas Abdullah berundur, Dr Mahathir yang juga perdana menteri negara ini selama 22 tahun telah menyertai Umno semula pada 2009.

Dr Mahathir mendakwa Umno adalah parti 'Najib' yang melindungi presiden parti itu ketika ini, malah semua  dasarnya kini bagi memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau membuat keputusan itu apabila Umno semakin bermasalah terutama selepas penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti minggu lalu.

Ditanya apakah keputusannya akan menyebabkan ahli Umno turut keluar parti, Dr Mahathir berkata, beliau tidak membuat 'kempen' supaya ahli Umno mengikut jejaknya.

Berhubung soalan sama ada beliau akan kembali menyertai Umno sekiranya Najib meletakkan jawatan, Dr Mahathir berkata: "Jika Umno kembali pulih... tetapi pada masa ini tiada lagi Umno."

Katanya lagi, tidak timbul soal presiden kini 'lebih selamat' tanpa kehadirannya dalam Umno kerana parti itu tidak pernah mendengar suaranya selama ini.

"Suara saya tidak lagi didengari. Malah saya juga tidak dibenarkan untuk bersuara kepada ahli Umno, menteri-menteri Umno," katanya.

Menurut Dr Mahathir, keputusan itu bukan disebabkan marah tetapi lebih kerana apa yang dilakukan oleh Najib.

"Saya cintakan negara ini. Saya tidak mahu ada yang musnahkan negara ini. Apa yang berlaku adalah 'lelaki ini' tidak pedulikan negara tetapi hanya memikirkan tentang dirinya sahaja," katanya.

Menurut Dr Mahathir, isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut membuat keputusan untuk tidak lagi menjadi ahli Umno.

"Hari ini saya umumkan. Surat hanya 'formaliti' sahaja," katanya mengenai surat penarikan diri sebagai ahli Umno.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Usim Rangkul Emas Di Kongres Duta Jauhar 2.0

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain