suria

Tinggal 70 Mangsa Banjir Di Serian

Banjir mulai surat di Kampung Tebekang Melayu, Serian pada Ahad. - foto Zulazhar Sheblee/THE STAR

KUCHING: Sebuah pusat pemindahan di daerah Serian telah ditutup, menjadikan hanya tinggal 70 mangsa daripada 18 keluarga di tiga pusat pemindahan, setakat 12 tengah hari Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata pusat pemindahan di Gereja Sacred Heart itu ditutup berikutan air di kampung berhampiran pusat penempatan sudah surut dan mangsa boleh pulang ke rumah masing-masing.

Menurut beliau, Balai Raya Slabi Entungkuh menempatkan 34 orang daripada lapan keluarga dan Surau Hadhari Kampung Rimba Padi menempatkan 26 orang daripada lapan keluarga.

"Jumlah mangsa di Balai Raya Koran yang dibuka kerana berlaku tanah runtuh dan menjejaskan rumah mangsa juga kekal dengan 10 mangsa daripada dua keluarga," katanya. - BERNAMA

banjir, Serian

Artikel Sebelum

Artikel Lain