suria

Remaja Hilang Buah Pinggang Selepas Jatuh Lubang Mahu Saman PBT

- Gambar hiasan
KLANG: Ibu kepada seorang remaja yang hilang buah pinggang selepas terjatuh ke dalam lubang tidak bertutup, bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Biro Undang-undang Pemuda MCA Ng Kian Nam berkata beliau dan sepasukan peguam biro akan membantu keluarga Lim Wei Teck, 15, dalam menuntut pampasan.

"Kami telah dimaklumkan mengenai kronologi dan fakta-fakta kejadian dan telah memuktamadkan semua kemungkinan perkara tuntutan.

"Kami mempunyai mandat daripada keluarganya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Perbandaran Klang (MPK).

"Kami akan mengeluarkan surat tuntutan pada bulan Mac selepas menerima laporan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)," kata Ng pada Ahad.

The Star melaporkan bahawa sebelah buah pinggang Wei Teck terpaksa dikeluarkan selepas ia pecah apabila terjatuh ke dalam lubang yang tidak bertutup, sedalam kira-kira 1.8 meter, kira-kira pukul 6.45 pagi, pada 27 Januari lalu.

Ketika itu dia sedang berjalan ke sekolahnya di SMK Batu Unjur selepas bersarapan dengan tiga rakan sekolah lain apabila kejadian itu berlaku.

MPK telah mengambil tindakan pantas menutup lubang itu.
PBT, jatuh lubang, Lim Wei Teck

Artikel Berikut

Artikel Lain