Jangan Guna Pakaian Ala Tentera Di EssZone - Komander EssCom - Semasa | mStar

Jangan Guna Pakaian Ala Tentera Di EssZone - Komander EssCom

TAWAU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (EssCom), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengingatkan masyarakat di pantai timur Sabah supaya tidak memakai pakaian bercorak ala tentera bagi mengelak kekeliruan sehingga menimbulkan kegusaran kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata tindakan memakai pakaian celorong-celoreng perlu dielakkan kerana ia akan mendatangkan pelbagai tanggapan tidak baik masyarakat berhubung keadaan keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (EssZone).

"Masyarakat perlu menyedari bahawa terdapat undang-undang yang melarang penggunaan pakaian bercorak ala tentera dalam sebarang bentuk malah anggota tentera pun mempunyai etika tertentu ketika mengenakan pakaian tersebut.

"Kita mahu masyarakat sedar mengenai perkara ini....kita mahu mengelak kejadian pencerobohan pengganas Sulu yang mana pengganas itu juga menggunakan pakaian corak tentera ketika menceroboh Tanduo, Lahad Datu," katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Bersama Media Tawau, di sini Jumaat malam.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Wan Abdul Bari berkata, pengamal media berperanan besar membantu EssCom menyedarkan masyarakat berkaitan peranan yang perlu dimainkan ke arah memastikan keadaan keselamatan di EssZone terus terkawal.

"Oleh itu, pengamal media perlu sentiasa memastikan maklumat yang disampaikan tepat dan menurut sumber yang sahih serta tidak menulis laporan yang berunsur sentimen (sehingga boleh) mengganggu gugat negara atau isu-isu yang bersifat spekulasi semata-mata.

"Media menjadi perantara paling cepat membantu ESSCom menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat bagi menjadi 'mata dan telinga' memberi maklumat serta bersama-sama pasukan keselamatan menjaga keamanan dan keharmonian," katanya.-- Bernama

Esscom , EssZone

Artikel Sebelum

Ustaz Kazim Makin Pulih

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain