suria

40 Tahun Ceburi Politik, Najib Luang Masa Sehari Di Pekan

Datuk Seri Najib Tun Razak
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad ini akan memperingati 40 tahun penglibatannya dalam bidang politik di tempat di mana perjalanan politiknya bermula.

Perdana Menteri akan menghabiskan masa seharinya di Pekan, di mana beliau telah menjadi ahli Parlimen sejak 1976.

Program pada hari itu akan menyaksikan beliau melakukan pembukaan Universiti Malaysia Pahang, menziarahi beberapa penduduk yang sakit dan lawatan ke masjid di Kampung Pahang.

Beliau juga akan mengumumkan penilaian status universiti terhadap Kolej Automotif Antarabangsa.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan berada di Masjid Sultan Ahmad Shah bagi menghadiri solat hajat sebelum duduk makan malam dengan jemaah.

Najib akan menamatkan harinya dengan menghabiskan masa bersama pengundinya di Riverfront di Pekan.

Pada usia 22 tahun, Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan apabila memenangi kerusi itu tanpa bertanding pada 21 Februari 1976.

Beliau mengambil alih kawasan itu berikutan kematian bapanya Tun Abdul Razak Hussein pada 14 Januari tahun yang sama.

Sumber berkata Najib semenangnya berhasrat untuk berkhidmat di Pekan.

"Perdana Menteri mahu bersama dengan pengundinya. Beliau mahu bersama rakyat yang telah bersama beliau dari hari pertama, 40 tahun lalu sehingga ke hari ini," kata sumber berkenaan.

Umno juga akan menganjurkan majlis solat hajat dan makan malam bagi meraikan presidennya.

Acara pada Sabtu akan bermula dengan solat Maghrib, Isyak dan solat Hajat yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra. Ini akan diikuti dengan makan malam yang akan dihadiri oleh kira-kira 2,000 tetamu.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Seri Rauf Yusuh berkata pemimpin parti di semua peringkat dan juga rakan-rakan Najib akan menghadiri majlis itu.

"Ini adalah satu acara untuk memberi penghormatan kepada Najib dan mengiktiraf perjalanan politik beliau yang menjangkau lebih empat dekad. Beliau mempunyai ramai kawan sepanjang menceburi bidang politik dan mereka semua mahu untuk hadir untuk memperingati perjalanan politik beliau," katanya.

The Star akan menerbitkan sisipan khas pada Ahad untuk memperingati ulang tahun ke-40 Najib dalam politik dan kerajaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain