Annuar Musa Anggap Ahmad Maslan Kreatif - Semasa | mStar

Annuar Musa Anggap Ahmad Maslan Kreatif

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa memuji komitmen yang diberikan Datuk Ahmad Maslan sepanjang tempoh khidmat wakil rakyat dari Johor itu sebagai Ketua Penerangan Umno.

Menurut Annuar yang baharu mengambil alih jawatan itu sejak akhir Januari lalu, Ahmad berjaya menjalankan fungsinya dengan baik ketika berhadapan serangan daripada musuh politik Umno.

"Banyak perkara baik dan bagus telah dibuat yang saya pun tak terbuat. Datuk Ahmad Maslan terpaksa berfungsi sewaktu menerima peluru paling banyak.

"Beliau diserang secara serentak. Saya beritahu Perdana Menteri yang saya bukan orang terbaik. Saya mungkin tak boleh buat sebaik Datuk Ahmad Maslan," katanya dalam temubual bersama mStar Online pada Khamis.

Pada 29 Januari lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno mengumumkan pelantikan Annuar yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh sebagai Ketua Penerangan Umno bagi menggantikan Ahmad yang diberikan mandat sebagai Pengerusi Biro IT parti tersebut.

Mengulas lanjut mengenai sumbangan Ahmad, Annuar turut menyifatkan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sebagai seorang pemimpin yang kreatif.

"Saya tak terbuat macam beliau buat dari segi penganjuran banyak program. Beliau kreatif menganjurkan bermacam-macam aktiviti.

"Umno hari ini berada dalam hasil kerja beliau sebagai ketua penerangan, itu adalah fakta yang kita kena terima," katanya.

Sebelum ini, Ahmad sering dikritik termasuk selepas mencadangkan supaya rakyat Malaysia menjalankan dua pekerjaan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa cadangannya itu dalam konteks agar rakyat menjalankan perniagaan dalam talian, selain pekerjaan tetap masing-masing.

Malahan, kata Ahmad, beliau sendiri mempunyai tiga pekerjaan iaitu sebagai ahli Parlimen, timbalan menteri dan ketua penerangan Umno pada ketika itu.

Ahmad Maslan , Annuar Musa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain