'Miss Nora' Ditahan Tawar Khidmat Seks Di Hotel Seluruh Negara - Semasa | mStar

'Miss Nora' Ditahan Tawar Khidmat Seks Di Hotel Seluruh Negara

MELAKA: Seorang wanita berusia 33 tahun disyaki menawarkan khidmat seks di hotel bertaraf empat dan lima bintang di beberapa negeri seluruh negara ditahan di hotel di Melaka Raya, di sini Sabtu lepas.

Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Rahimin Bani berkata wanita itu, yang menggunakan nama samaran 'Miss Nora', menawarkan aktiviti tidak bermoral menerusi media sosial dengan meminta pelanggan membuat bayaran deposit sebelum 'menempah' perkhidmatan itu.

Beliau berkata wanita yang masih berstatus isteri itu berasal dari Pulau Pinang, ditahan menerusi serbuan anggota penguatkuasa Jaim hasil aduan orang awam, kira-kira 10.55 malam di bilik hotel berkenaan.

"Hasil pemeriksaan di bilik tersebut kami menemui sebotol pelincir, 14 kondom termasuk satu telah digunakan, wang tunai lebih RM6,000 dipercayai hasil aktiviti pelacuran yang dilakukannya, dua telefon bimbit serta sebuah laptop," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Rahimin berkata, sebuah buku log mencatatkan jadual perkhidmatan seks di setiap negeri yang ditawarkan wanita itu turut ditemui di bilik hotel tersebut.

Beliau percaya wanita itu bergerak ke setiap negeri secara bersendirian dengan menaiki bas.

Katanya wanita itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 75 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana melacurkan diri dan boleh didenda RM2,000 atau penjara dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.-- Bernama


Miss Nora , Melaka , seks , hotel

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.