suria

Gempa Bumi Di Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter di luar pantai Lahad Datu pagi tadi telah menyebabkan gegaran dirasai di kawasan terlibat.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, walau bagaimanapun tiada ancaman tsunami berikutan gempa yang berlaku pada 10.36 pagi tadi.

Pusat gempa itu terletak di 4.9 darjah Utara dan 118.5 darjah Timur iaitu 25 kilometer Tenggara Lahad Datu, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Lahad Datu

Artikel Lain