suria

Tiada Kebimbangan Terhadap Kemasukan 'Pelacur Dhaka' - Wanita MCA

PETALING JAYA: Terdapat rungutan tentang kesan kemasukan pekerja wanita Bangladesh ke Malaysia, walaupun masih tidak diketahui di sektor mana mereka dibenarkan untuk bekerja.

Terdapat juga kemungkinan akan berlaku kemasukan pelacur Dhaka (Dhaka Dolls).

Malaysia akan menandatangani memorandum persefahaman dengan Bangladesh yang akan menyaksikan 1.5 juta pekerja termasuk wanita akan bekerja dalam pelbagai sektor dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Beberapa tahun lalu, terdapat laporan mengenai wanita Malaysia yang digoda oleh lelaki warga Bangladesh dan akhirnya jatuh cinta.

Forum dalam talian juga kini hangat membincangkan mengenai ketibaan mereka.

Seorang pengguna, yang dikenali sebagai Black Hawk berkata bukan perkara mengejutkan apabila rakyat Malaysia tertarik dengan orang asing.


"Masalah hanya timbul jika dan apabila warga asing itu meninggalkan Malaysia selama-lamanya."

Walau bagaimanapun, seorang pengguna tanpa nama berkata pekerja asing tidak boleh dipersalahkan.

"Mereka hanya rakyat biasa yang berada di sini untuk bekerja dan mahu meneruskan kehidupan. Selain itu, mereka secara umumnya rajin, jadi mereka juga mampu memikul tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie percaya kedatangan wanita Bangladesh untuk bekerja di Malaysia tidak akan mempunyai kesan yang sama dengan gadis pelacur dari China  (China Dolls).

"Setakat yang saya tahu, wanita Bangladesh kebanyakannya akan bekerja di restoran atau diupah sebagai pembantu domestik, jadi tidak mungkin mereka akan menjadi punca perpecahan keluarga," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain