Michelle Yeoh Terima Satu Lagi Anugerah Perancis - Semasa | mStar

Michelle Yeoh Terima Satu Lagi Anugerah Perancis

Duta Perancis, Christophe Penot (kIri) menyematkan pingat 'Officier Des Arts Et Des Lettres' kepada bintang filem terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh (tengah) pada majlis pengurniaan pingat pada Jumaat. Turut hadir pasangan beliau, Datuk Seri Jean Todt (kanan). Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pelakon Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, antara bintang filem terkemuka Asia, menerima anugerah 'Officier des Arts et des Lettres' daripada kerajaan Perancis pada Jumaat.

Beliau adalah rakyat Malaysia pertama menerima anugerah itu yang disampaikan Duta Perancis ke Malaysia, Christophe Penot, di kedutaan negara itu di sini.

Menurut Penot, Yeoh dipilih Kementerian Kebudayaan Perancis untuk menerima anugerah itu yang diberikan kepada mereka yang menonjol dalam bidang masing-masing, sebagai menghargai sumbangannya kepada industri perfileman.

"Michelle pernah bekerja dengan beberapa pengarah dan pelakon Perancis selain mempromosikan antara jenama terbaik Perancis.

"Atas alasan itu, kerajaan Perancis menghargai kejayaannya sebagai pelakon," katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian anugerah itu.

Turut hadir, pasangan Yeoh, Datuk Seri Jean Todt dan ibunya, Datin Janet Yeoh.

Pada 2012, Yeoh, 53, menerima anugerah tertinggi awam Perancis, Knight of the Legion of Honour daripada Duta Perancis ke Malaysia ketika itu, Alain du Boispean.

Yeoh, yang dikenali dengan watak gadis James Bond dalam filem 'Tomorrow Never Dies' pada 1997 serta aksi hebat kung fu dalam filem 'Crouching Tiger, Hidden Dragon', 'Memoirs of a Geisha' dan 'The Lady', turut mencipta nama di Hollywood.

Dilahirkan di Ipoh pada 1962, Yeoh belajar menari dan seni mempertahankan diri sebelum memenangi pertandingan ratu cantik pada 1983 dan kemudian memulakan karier dalam bidang lakonan. - Bernama

Michelle Yeoh

Artikel Sebelum

Ahmad Maslan Harap Bung Moktar Segera Sembuh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain