suria

Beri 100 Hari Ahmad Bashah Bukti Kemampuan - Ahmad Zahid

BEIJING: Berikan masa 100 hari kepada Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk membuktikan keupayaannya membangunkan negeri itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri yang mengulas mengenai kritikan terhadap Ahmad Bashah berkata, seorang ahli politik tidak seharusnya dinilai hanya bersandarkan kelayakan rendahnya.

"Ciri-ciri positif beliau yang lain turut diambil kira.

"Ahmad Bashah telah berkhidmat sebagai anggota majlis kerajaan negeri dan timbalan menteri, jadi beliau mempunyai pengalaman di peringkat persekutuan dan negeri. Jangan lupa beliau sudah berada dalam dunia politik lebih 35 tahun," kata Ahmad Zahid dalam lawatan kerjanya selama empat hari di Beijing pada Khamis.

Beliau berkata, Ahmad Bashah perlu diberikan peluang untuk menunjukkan keupayaannya dalam mentadbir Kedah.

"Kerana beliau mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan, mungkin boleh diberikan peruntukan tambahan (kepada Kedah)," katanya.

Ahmad Bashah Md Hanipah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain