Penyiasat MH370, MAS Dan DCA Periksa Serpihan Pesawat Di Besut - Semasa | mStar

Penyiasat MH370, MAS Dan DCA Periksa Serpihan Pesawat Di Besut

Pakar-pakar penerbangan melihat objek dipercayai serpihan pesawat di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Jumaat.
BESUT: Pakar-pakar dari pasukan penyiasat MH370, Malaysia Airlines (MAS) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tiba di sini pada Jumaat untuk memeriksa dua objek dipercayai serpihan pesawat.

Objek itu, yang berukuran kira-kira dua meter panjang dan satu lagi kira-kira 0.5 meter panjang ditemui pada jarak 500 meter antara satu sama lain di pantai Kampung Pertaruhan Lintang di sini, Khamis. 

Pasukan pakar tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut kira-kira pukul 10.30 pagi.

Sebelum itu, satu pasukan dari tentera udara di Besut telah melawat ibu pejabat polis untuk memeriksa objek berkenaan.

Mereka mengambil masa 30 minit untuk memeriksa objek itu dan kemudian melawat tempat kejadian di mana objek ditemui.

DCA diwakili oleh Kapten Mior Nor Badrishah Mohamad.
MH370 , serpihan di Besut , DCA , MAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kapal China Sertai Carian MH370

Artikel Berkaitan

Artikel Lain