Pengganas Ancam Balas Dendam - Semasa | mStar

Pengganas Ancam Balas Dendam

EKSKLUSIF

KUALA LUMPUR: Wakil militan Negara Islam (IS) menghantar mesej amaran kepada Malaysia susulan usaha memerangi kumpulan itu giat diadakan di negara ini.

Menerusi rakaman video yang disiarkan dalam dalam Bahasa Malaysia, unit militan IS Malaysia-Indonesia yang dipanggil Katibah Nusantara mengancam untuk membalas dendam berikutan penangkapan ahli-ahlinya.

Bertajuk "Mesej Awam Kepada Malaysia" video yang memberi amaran: "Jika anda tangkap kami, kami akan terus meningkat bilangan anggota, tapi jika anda biarkan kami...kita akan lebih dekat dengan matlamat untuk membawa kembali kedaulatan khalifah.

"Mereka yang menamakan kami sebagai Khawarij (ingkar), Daesh (nama lain IS) dan juga sebagai agen Mossad sebenarnya Syiah dan sekutunya.

"Kami tidak akan tunduk kepada sistem demokrasi tadbir urus kerana kami hanya akan mengikut undang-undang Allah."

Selain itu terdapat satu lagi video yang menyeru 'saudara' Katibah dari Somalia iaitu Al-Shabaab untuk menyertai kumpulan mereka.

Dalam video yang berdurasi lebih seminit itu, militan Katibah berkenaan yang fasih bercakap dalam Bahasa Malaysia menggesa rakan mereka dalam Al-Shabaab untuk menyertai IS dan jihad mereka.

Video itu menunjukkan ahli Katibah, Abdul Halid Dari menggesa mereka untuk mengikrarkan kesetiaan kepada pemimpin IS, Abu Bakr Al-Baghdadi dan menyertai perjuangan "sebenar" di Syria sambil diperhatikan seorang lagi rakan militan, Mohd Nizam Arifin.

Abdul Halid juga menyebut mengenai ajaran Nabi Muhammad saw bagi meyakinkan pejuang di Somalia untuk menyertai IS.

Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin berkata, ancaman dan cabaran kepada kerajaan Malaysia itu mencerminkan pendirian kurang ajar kumpulan Katibah berkenaan.

"Ia juga membuktikan bahawa IS, terutamanya golongan Katibah memandang negara kita sebagai sekular dan oleh itu menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai sasaran.

"Tidak syak lagi ia sebagai langkah membalas dendam terhadap tindakan pasukan keselamatan kami kepada mereka," katanya kepada The Star pada Ahad.

Beliau berkata bahagian anti pengganas akan lebih berhati-hati kerana serangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

"Kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan tidak mampu untuk membiarkan pengawal kami ke bawah," katanya.

Berhubung video yang ditujukan kepada Somalia, Ayob Khan berkata walaupun ia mempunyai sarikata dalam bahasa Arab, hakikatnya ialah Abdul Halid bercakap dalam bahasa Melayu dan beliau mengesyaki terdapat juga rakyat Malaysia yang menganggotai Al-Shabaab.

"Ini adalah satu perkembangan baru yang menunjukkan lebih ramai penglibatan rakyat Malaysia dalam kumpulan pengganas," katanya.

Militan IS , Katibah Nusantara

Artikel Sebelum

Lagi Ahli Bomba Sasa Dalam Kalendar 2016

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini