Rakyat Malaysia Habiskan Lebih Tiga Jam Bersama Telefon Pintar - Kajian - Semasa | mStar

Rakyat Malaysia Habiskan Lebih Tiga Jam Bersama Telefon Pintar - Kajian

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menghabiskan masa lebih dari tiga jam bersama telefon pintar dan menggunakan secara purata 323MB data setiap hari, menurut laporan terkini.

Laporan Persona The Smartphone User (SUPR) 2015  yang dikeluarkan pada 19 Januari oleh Vserv, platform data pintar terkemuka untuk perniagaan dan pemasaran mudah alih itu telah dikeluarkan bersama-sama dengan kajian yang dijalankan oleh Nielsen Informate Mobile Insights.

Dari segi penggunaan, 40 peratus daripada masa pengguna telah digunakan untuk rangkaian sosial dan berbual, 36 peratus untuk hiburan dan 15 peratus untuk aplikasi utiliti.

Laporan itu mengkategorikan pengguna kepada enam persona yang berbeza, berdasarkan jenis penggunaan mereka.

"Adalah penting bagi pemasar meningkatkan kerelevanan  khidmat pesanan mereka dan memperkayakan pengalaman pengguna mereka. Mereka perlu merangka strategi memberi tumpuan kepada persona pengguna dan niat mereka," kata Naib Presiden Pemasaran Global untuk Vserv, Pranab Punj.

Data Guzzlers membentuk 20 peratus daripada pengguna. Mereka menggunakan data yang besar, kebanyakannya untuk pelayaran dan permainan, kebanyakannya lelaki dan yang berumur antara 18 dan 24 tahun.

Kumpulan yang seterusnya terbesar adalah Dabblers dengan 19 peratus, yang menunjukkan penglibatan paling rendah dengan telefon pintar mereka.

App Junkies membentuk 17 peratus daripada jumlah keseluruhan. Kumpulan ini menunjukkan jumlah tertinggi aplikasi dan permainan yang dimuat naik dalam sebulan dengan purata 11.

Power Users menghabiskan hampir setiap masa pada telefon pintar, kira-kira 219 minit sehari. Sebahagian besarnya adalah perempuan, kategori umur antara 18 hingga 24 tahun dan menggunakan berbilang genre aplikasi.

Baki kategori Utilitarians (15%) yang menggunakan aplikasi utiliti untuk panggilan suara, berita dan e-mel, dan bintang Social (13%) yang menghabiskan hampir setiap masa di rangkaian sosial.

Menurut laporan itu, Malaysia mempunyai 11 juta pengguna telefon pintar tahun ini, 64 peratus daripada mereka di bawah umur 30 tahun dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 10 peratus, jumlah itu dijangka mencapai 11.8 juta pada tahun 2017.

The SUPR 2015 adalah berdasarkan data yang dikumpul dari lebih 1,244 pengguna telefon pintar di Malaysia, dalam tempoh tiga bulan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Line Clear Diarah Kosongkan Premis

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini