Bomba KLIA Selamatkan Dua Pekerja Terkandas Di Atas Forklift - Semasa | mStar

Bomba KLIA Selamatkan Dua Pekerja Terkandas Di Atas Forklift

Foto facebook Buletin TV3.

PUTRAJAYA: Dua pekerja penyelenggara bangunan berjaya diselamatkan anggota bomba selepas tersangkut di atas forklift semasa membuat kerja-kerja pembaikan dan pembersihan lampu di Stadium Mini Majlis Perbandaran Sepang.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, kedua-dua mangsa didapati terkandas di atas kenderaan tersebut pada ketinggian kira-kira 50 meter akibat kegagalan enjin forklift untuk menurunkan mangsa. 

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.50 petang itu membabitkan seorang warga tempatan Muhamad Farid Lamat, 32, dan seoarang warganegara Indonesia Waryana Samid. 

"Pihak bomba dengan anggota seramai 11 orang telah menggunakan tali untuk menyelamat dan menurunkan kedua-dua mangsa ke bawah," katanya kepada media di sini, Ahad. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Kedah Perketat Kawalan Keselamatan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.