suria

Polis Johor Tingkatkan Keselamatan Selepas Serangan Bom Di Jakarta

Wan Ahmad Najmuddin Mohd

JOHOR BAHARU: Semua Ketua Polis Daerah di Johor diarah meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai berikutan insiden pengeboman di Jakarta pada 14 Januari lepas. 

Ketua Polis negeri Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata antara lokasi terbabit adalah pusat beli-belah, pusat hiburan dan pintu keluar masuk negara seperti Kompleks Kastam dan Imigresen di Tuas, Jeti Pasir Gudang serta LapanganTerbang Antarabangsa Senai.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak panik melihat pertambahan anggota polis membuat rondaan dengan membawa senjata berat di kawasan itu.

"Keadaan ini bertujuan memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa polis sentiasa melindungi dan bersedia menangani sebarang ancaman kumpulan pengganas.

"Orang ramai digesa menyalurkan maklumat sekiranya terdapat sebarangaktiviti mencurigakan berkaitan kegiatan pengganas di kawasan masing-masing,"katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Khamis lepas, tujuh orang - lima pengganas dan dua orang awam - disahkan terkorban dalam insiden tembak-menembak serta serangan bom berhampiran Gedung Sarinah di Jalan MH Thamrin, di tengah-tengah ibu kota Jakarta.

Susulan insiden itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap paling tinggi bagi mengelak insiden seumpama itu berlaku di Malaysia.

Insiden Bom Jakarta, Polis Johor

Artikel Sebelum

Artikel Lain