suria

Gangguan Perkhidmatan LRT Di Laluan Ampang

PETALING JAYA: Perkhidmatan kereta api ke empat stesen di Laluan Ampang - Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara terganggu pagi Khamis kerana masalah teknikal, menurut RapidKL.

"Kepada semua: Perkhidmatan kereta api di Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera & Kinrara kini mengalami gangguan. Tren dan bas antara bandar disediakan dari Kinrara ke Sri Petaling sehingga diberitahu kelak," kata RapidKL dalam posting di akaun Facebook .

Terdahulu pada pukul 6.11 pagi ia menulis di Twitter bahawa perkhidmatan di laluan Kinrara akan mengalami gangguan.

"Penumpang yang dihormati, kami mempunyai masalah teknikal di Stesen Kinrara, perkhidmatan akan terjejas. Anda dinasihatkan untuk mencari pengangkutan alternatif. Kami memohon maaf," kata RapidKL menerusi akaun @MyRapidKL.

LRT, laluan Ampang, RapidKL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain