suria

TPM Mahu Bentuk Jawatankuasa Tangani Cabaran Usahawan Muda Negara

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu membentuk dan mengetuai jawatankuasa Kabinet untuk menangani cabaran yang dihadapi usahawan muda negara.

Timbalan Perdana Menteri itu menawarkan diri untuk menerajui jawatankuasa itu bagi menyelaras usaha pelbagai kementerian dan jabatan yang membantu usahawan tempatan.

Baru-baru ini Ahmad Zahid menyarankan setiap keluarga melahirkan seorang usahawan berkata, beliau mahu sekurang-kurangnya 10,000 usahawan baharu menjelang 2020.

Beliau juga menegaskan, pelbagai skim dan dana ditetapkan kerajaan untuk usahawan bagaimanapun hasilnya belum di tahap memuaskan sepenuhnya.

"Banyak peruntukan kepada usahawan tempatan tetapi saya mahu memastikan ia membawa hasil yang baik," katanya ketika melancarkan program Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP) di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid Hamidi, Kabinet, JUMP

Artikel Lain