suria

Tukang Urut Gay, Pelanggan Ditangkap Bogel

BUTTERWORTH: Jabatan Imigresen Pulau Pinang menyerbu sebuah rumah urut gay dan menahan tujuh lelaki warga Vietnam ketika sedang melayan pelanggan mereka di Perai di sini.

Timbalan Pengarahnya, Abdul Rahman Hassan berkata serbuan dilakukan selepas pihakya melakukan pemantauan di sekitar premis tersebut selama kira-kira seminggu hasil maklumat orang ramai.

"Sebahagian daripada tukang urut yang berusia antara 20 dan 33 itu cuba melarikan diri melalui jalan yang tersembunyi tetapi gagal kerana bangunan itu telah dikepung.

"Ketika serbuan kami menemui enam orang pelanggan dalam keadaan berbogel berusia antara 30 dan 50 tahun," katanya.

Abdul Rahman berkata pemeriksaan mendapati kumpulan lelaki Vietnam itu datang ke negara ini sebagai pelancong namun bekerja sebagai tukang urut.

"Mereka bekerja di sini sejak beberapa bulan lalu. Selain perkhidmatan urut secara berbogel, mereka turut menawarkan khidmat urut batin.

"Kami juga menahan penjaga pusat urut itu yang berusia 30-an untuk membantu siasatan," kata Abdul Rahman.

Artikel Sebelum

Padah Merokok Di R&R

Artikel Berikut

Artikel Lain