Mahkamah Cadang Kes Saman Anwar Terhadap Mazlan Diselesai Secara Mediasi - Semasa | mStar

Mahkamah Cadang Kes Saman Anwar Terhadap Mazlan Diselesai Secara Mediasi

Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mencadangkan agar kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh dan dua lagi atas dakwaan mengaitkannya terlibat dengan rasuah diselesaikan secara mediasi.

Hakim Datuk John Louis O'Hara membuat cadangan itu dalam kamar hari ini selepas bertemu peguam Sangeet Kaur yang mewakili Anwar dan peguam Y.S Ling bagi pihak Dr Mazlan Ismail.

Sangeet memberitahu pemberita bahawa kesemua pihak akan berbincang berhubung cadangan proses mediasi itu dan menetapkan 22 Februari ini untuk pengurusan kes dan 9 hingga 13 Mei ini untuk perbicaraan kes itu jika proses mediasi gagal.

Pada 15 Oktober tahun lepas, Anwar, 69, selaku plaintif, memfailkan saman itu dengan menamakan Mazlan sebagai defendan pertama, Sistem Televisyen Malaysia (TV3) dan Utusan Melayu (M) Bhd, masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Anwar mendakwa Mazlan telah menyebabkan TV3 menyiarkan perkataan fitnah yang disiarkan di Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013 dan juga mendakwa Mazlan menyebabkan perkataan fitnah itu diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Dia mendakwa Mazlan mengadakan persidangan media yang mengandungi perkataan fitnah yang serius dan berniat jahat membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain