Borang Permohonan Bantuan Sekolah Perlu Diserah Januari ini - Chong - Semasa | mStar

Borang Permohonan Bantuan Sekolah Perlu Diserah Januari ini - Chong

GEORGE TOWN: Sekolah yang ingin membuat permohonan bantuan kewangan bagi 2016 dari kerajaan Pusat harus menyerahkan borang mereka selewat-lewatnya akhir Januari ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon.

Chong berkata kesemua sekolah seharusnya menyiapkan borang permohonan dan menyerahkannya kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya permohonan ia dapat dinilai dan diproses segera.

"Saya ingin mengingatkan pihak sekolah bahawa mereka harus menyerahkan permohonan peruntukkan penyelengaraan untuk 2016 pada Januari supaya proses peruntukkan dapat disalurkan pada Mac," katanya kepada pemberita selepas Pemberian Peruntukan Pakej Rangsangan Khas 2014/2015 Sekolah Bantuan Kerajaan pada Rabu.

Katanya, sekolah-sekolah yang mendapat peruntukkan juga harus menyiapkan laporan bagaimana peruntukan itu diguna pakai sama ada untuk penyelengaraan atau mengantikan peralatan sekolah kepada JPN.

Beliau berkata laporan itu akan diberikan kepada Kementerian Kewangan untuk tujuan audit dan juga untuk mendapatkan peruntukan pada masa depan.

Terdahulu, Chong yang juga Ketua Pemuda MCA berkata Pulau Pinang antara negeri menerima peruntukan tertinggi iaitu hampir RM10 juta membabitkan 123 sekolah.

Bantuan disalurkan melalui pekej rangsangan khas dengan penerimanya termasuk80 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), 12 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)dan 31 sekolah mubaligh di seluruh negeri.

"Kita mula agihkan peruntukan ini melalui kaedah pindahan wang secara elektronik kepada sebahagian sekolah terlibat dan hari ini adalah penyampaian kepada sekolah yang belum menerima peruntukan masing-masing.

"Jadi diharapkan peruntukan ini digunakan oleh pengurusan sekolah untuk menampung kos penyelenggaraan sekolah masing-masing dan bukan untuk  menampung kos pembinaan bangunan baharu yang perlu dipohon melalui dana peruntukan lain,"katanya.

Majlis penyampaian peruntukan khas kepada baki 45 SJK bantuan modal, 12 SMJK dan 21 sekolah mubaligh itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA negeri yang baharu.-Bernama

Permohonan Bantuan Sekolah

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Wan Kuzain sertai latihan skuad Sukan SEA