1MDB Selar WSJ 'Kitar Semula Tuduhan Tidak Berasas' - Semasa | mStar

1MDB Selar WSJ 'Kitar Semula Tuduhan Tidak Berasas'

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyelar Wall Street Journal (WSJ) kerana "mengitar semula tuduhan tidak berasas" dalam satu artikel yang diterbitkan pada Selasa.

Dalam kenyataan di sini, 1MDB berkata artikel itu "sekali lagi hanya mengitar semula tuduhan tidak berasas yang sama diterbitkan akhbar itu buat pertama kalinya pada pertengahan 2015".

Hakikatnya adalah tiada berita sebenar dalam artikel ini. Atas sebab yang hanya diketahui oleh pengurusannya, WSJ dilihat gembira untuk menjadi papan notis bagi teori-teori konspirasi dan memburuk-burukkan yang disebarkan oleh pembangkang Malaysia," katanya.

Artikel WSJ bertajuk 1MDB and the Money Network of Malaysian Politics mengulangi tuduhan bahawa sekurang-kurangnya US$700 million (RM3 bilion) daripada sumber tidak didedahkan telah didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB berkata: "WSJ amat sedar bahawa tuduhan itu menjadi perkara pokok dalam siasatan terperinci yang sedang dijalankan oleh pelbagai pihak berkuasa undang-undang di Malaysia.

"Lagipun, seperti yang diakui oleh akhbar itu berulang kali dalam artikel itu, tiada aktiviti tidak sah didakwa telah berlaku.

"Kami, dengan itu, bingung kenapa WSJ meneruskan kempen ini untuk memburuk-burukkan 1MDB dan Malaysia."  - BERNAMA

1MDB , WSJ

Artikel Sebelum

Dua Ditemui Mati Dengan 30 Kesan Tikaman

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.