Penilai Emas Didakwa Pecah Amanah Barang Kemas Lebih RM250,000 - Semasa | mStar

Penilai Emas Didakwa Pecah Amanah Barang Kemas Lebih RM250,000

KUALA LUMPUR: Seorang penilai emas di sebuah kedai pajak gadai pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini atas pertuduhan melakukan pecah amanah barang kemas berjumlah lebih RM250,000.

Lee Chen Hui, 18, yang juga kerani di kedai itu didakwa melakukan pecah amanah ke atas barang kemas berjumlah RM267,920 yang diamanahkan terhadapnya di Kedai Pajak Gadai Fong, Taman Melawati, Ampang Jaya antara Julai hingga November lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene menawarkan jaminan RM20,000 dengan dua orang penjamin, namun peguam Keshreena Sidhu yang mewakili Lee memohon jaminan sebanyak RM10,000 atas alasan anak guamnya kini tidak lagi bekerja dan disara oleh bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 dengan dua orang penjamin dan menetapkan 28 Jan depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA 


penilai emas , pecah amanah

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain