suria

Lima Penerbitan Dilarang Kerana Kelirukan Umat Islam

Hashimah Nik Jaafar.

PUTRAJAYA: Lima penerbitan dikenakan perintah larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Isnin kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan merosakkan akidah. 

Penerbitan berkenaan ialah The Teachings of the Quran; Baha'ullah and The New Era and Introduction to The Baha'i Faith; Detik-Detik Pembongkaran Agama: Mempopulerkan Agama Kebajikan Menggagas Pluralisme-Pembebasan; Jalan Yang Lurus: Kita Harus Meneroka Jalan Ini; dan Tabut: Penjelasan Tentang Segala Sesuatu. 

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata, perintah larangan itu adalah mengikut Warta Kerajaan P.U.(A) 270-274 bertarikh 26 November.

Hashimah berkata, The Teachings of the Quran menggemparkan fikiran orang ramai kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan mengandungi tafsiran yang menyeleweng.  

Empat penerbitan lain itu memudaratkan ketenteraman awam dan mungkin menggemparkan fikiran orang ramai kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan merosakkan akidah, katanya.  

Beliau berkata, seseorang yang sabit kesalahan mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual.

Mengedar atau memiliki apa-apa jua maksud seperti itu sebarang hasil penerbitan larangan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. - Bernama

Artikel Lain