suria

AJK Pusat PSM Ditahan Di Bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khairul Nizam Abd Ghani ditahan polis di bawah Akta Hasutan.

Khairul Nizam telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira pada pukul 10 pagi Isnin untuk diambil keterangan tetapi ditahan.

Setiausaha Agung PSM, Sivarajan Arumugam yang bercakap kepada pemberita di luar balai polis berkata kesalahan yang dilakukan Khairul Nizam tidak dimaklumkan pihak polis.

Sivarajan mendakwa polis merancang untuk menahan Khairul Nizam apabila mereka sedang mengadakan forum mengenai Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) di Kuala Terengganu pada Jumaat lalu.

Beliau berkata selepas mengadakan perbincangan, polis bersetuju tidak menahan Khairul Nizam pada waktu itu dan membenarkannya pergi ke Dang Wangi untuk disoal-siasat.

Artikel Lain