Jabatan Agama Disaran Kerjasama Dengan Polis Bendung IS - Bukit Aman - Semasa | mStar

Jabatan Agama Disaran Kerjasama Dengan Polis Bendung IS - Bukit Aman

Ayob Khan Mydin Pitchay.

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam disaran supaya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menggunakan laman sosial bagi membendung penularan fahaman kumpulan militan Negara Islam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan Keganasan Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hanya jabatan agama mampu memberi penjelasan mengenai pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini seterusnya menyebarluaskan maklumat berkaitan kesesatan ideologi militan Daesh menerusi laman sosial.

Beliau berkata, ini kerana langkah pencegahan dari akar umbi perlu dipergiatkan berikutan keseriusan kumpulan itu merekrut anggota baharu khususnya golongan muda menerusi laman sosial di seluruh dunia semakin ketara dan meningkat.

"Malah kini ada pula kaedah bai'ah (ikrar untuk menyertai IS) boleh dilakukan menerusi laman sosial ini tanpa perlu berjumpa dengan anggota kumpulan itu secara bersemuka.

"Cara ini dilihat dapat menjadikan fahaman itu lebih mudah menular dalam kalangan masyarakat seterusnya mempengaruhi golongan muda yang cetek ilmunya dalam bidang agama," katanya dalam Bicara Dakwah Siri 5: Ekstrimisme dan Terrorisme, Cabaran Baharu Belia Islam di sini, Ahad.

Ayob Khan adalah panelis dalam program anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu.

Jelas beliau, hasil pemantauan pihaknya menunjukkan keaktifan militan IS menggunakan laman sosial terbukti apabila kira-kira 100,000 maklumat mengenai kegiatan mereka dimuat naik setiap hari termasuk menerusi Twitter, Facebook dan Instagram.

Katanya, semua pihak perlu memandang serius berhubung isu tersebut kerana tanggungjawab membanteras penularan fahaman sesat yang disebar militan IS bukan terletak pada PDRM atau jabatan agama semata-mata.

"Institusi keluarga juga mesti memainkan peranan penting dan sentiasa memantau apa yang dibuat oleh anak-anak mereka bagi mengelak golongan muda, yang kebanyakannya masih mentah dan cetek ilmu terus terpengaruh dengan fahaman salah itu.

"Jiran, saudara mara, dan sahabat handai juga disaran mengambil tahu sekiranya melihat sebarang perlakuan yang menjurus kepada militan IS dengan melaporkan segera kepada pihak berkuasa," katanya. 

Menyifatkan ancaman fahaman militan IS, Syiah dan kumpulan militan lain tidak akan pudar, Ayob Khan menasihatkan umat Islam di negara ini supaya sentiasa berpegang dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak mudah terikut-ikut konsep kebebasan dan hak asasi yang diperjuang negara Barat.

"Jangan terpengaruh dengan sesetengah golongan yang mendakwa tidak perlu mengikut mazhab dan haram bermazhab kerana mereka ini kononnya mengaku sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi menolak ijmak dan qiyas, selidik dahulu dengan terperinci," katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.