suria

Dua Lelaki Ditahan Suspek Kes Tikam Petugas Astro

KUALA LUMPUR: Dua lelaki tempatan ditahan polis pada Sabtu bagi membantu siasatan kes seorang petugas stesen televisyen swasta ditikam di Setapak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata kedua-dua lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di sebuah premis di kawasan berkenaan pada kira-kira 2 petang.

Insiden tikam itu dilaporkan berlaku di sebuah pangsapuri di Jalan Usahawan, Setapak, Jumaat lepas.

"Kedua-dua lelaki itu tidak bekerja dan mereka akan direman pada Ahad.

Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, Ahmad Hawari Zakaria, 32, dilaporkan ditikam di perut dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur. 

Astro, Tikam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain