suria

Tiga Cedera Parah Ditetak Dengan Parang

KEPALA BATAS: Dua lelaki dan seorang wanita parah selepas ditetak dua lelaki di sebuah bengkel motosikal di Jalan Merbau, Kudung, Tasek Gelugor di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam berkata polis tiba di lokasi kejadian kira-kira 9.30 malamJumaat dan berjaya menahan kedua-dua lelaki itu.

"Sebilah parang berjaya ditemui.

"Semua mangsa dan suspek dipercayai mempunyai ikatan kekeluargaan," katanya.

Beliau berkata polis sedang menyiasat kronologi insiden dan motif di sebalik serangan tersebut.

"Rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di luar bengkel tersebut akan dikaji bagi membantu siasatan," kata Azmi kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah.

tetak, Kepala Batas

Artikel Berikut

Memahami Erti Hak Asasi Manusia

Artikel Lain