Kelantan Henti Keluar Lesen Jual Vape 1 Januari Ini - Semasa | mStar

Kelantan Henti Keluar Lesen Jual Vape 1 Januari Ini

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan akan mengeluarkan notis selama 14 hari kepada semua peniaga vape atau rokok elektronik untuk menggosongkan premis mereka bermula Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata tindakan itu sejajar dengan keputusan kerajaan negeri untuk tidak mengeluarkan lesen bagi penjualan produk tersebut di Kelantan.

Beliau berkata kepada pemberita di Kompleks Kota Darul Naim bahawa kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang didapati melanggar undang-undang itu pada 1 Januari depan.

Sementara itu, kerajaan Terengganu juga membekukan pengeluaran lesen untuk penjualan vape atau rokok elektronik.

"Apabila ada isu kontroversi, adalah lebih baik bagi kerajaan untuk mengambil langkah seperti membekukan sementara pengeluaran lesen kepada mereka yang bercadang mahu memulakan perniagaan penjualan vape atau rokok elektronik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan (Exco) di sini, Rabu.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri itu juga akan mengenakan larangan sebelum kajian menyeluruh mengenai implikasi vape dilakukan.

vape , lesen , Kelantan , Terengganu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain