Anggota Polis Parah Ditetak Dua Lelaki Bertopeng - Semasa | mStar

Anggota Polis Parah Ditetak Dua Lelaki Bertopeng

BESUT: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera ditetak dua individu bertopeng di Kampung Beris Lampu, Kuala Besut dua hari lalu.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, Tengku Mohd Nafeery Tengku Ramli@ Tuan Arifin, 41, cedera di badan, kepala, kaki dan tangan akibat ditetak dengan pedang.

Beliau kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata suspek yang melarikan diri dengan kereta sedang diburu.

"Mangsa dilapor sedang berada di rumah rakannya apabila tiba-tiba datang dua individu yang memakai topeng muka dan terus menetaknya," katanya.

Beliau berkata motif serangan belum diketahui.

Polis , Tetak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemuda Umno Tegur Pemimpin Ego

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa