"Umno Sedia Maafkan Muhyiddin, Shafie" - Hishammuddin - Semasa | mStar

"Umno Sedia Maafkan Muhyiddin, Shafie" - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Pintu kemaafan sentiasa terbuka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal jika mereka meletakkan perpaduan dan masa depan parti sebagai keutamaan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, perkara berkenaan perlu berlaku secara ikhlas tanpa paksaan oleh mana-mana pihak.

“Kita sentiasa terbuka, tetapi ia banyak berkisar kepada tuan punya badan juga. Penting untuk kita semua fikirkan mengenai masa depan parti. Ada kalanya pemimpin berada dalam keadaan dipersimpangan, terlanjur.

“Ia akan mengambil masa sedikit untuk kita melihat kepada usaha memperkukuhkan dan merapatkan barisan kita,” katanya pada sidang media di PWTC sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini, Jumaat.

Sidang media itu turut disertai seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, menurut Hishammuddin, kekosongan satu lagi kerusi yang sepatutnya diisi Shafie selaku naib presiden pada sidang media harian itu tidak sepatutnya disalah tafsif.

“Kerusi sebelah kiri Datuk Zahid tetap diisi di atas pentas (Dewan Merdeka) di sebelah kami berdua dan saya kira tak ada masalah langsung.

“Saya rasa itu lebih penting berbanding sidang media ini. Naib presiden seorang lagi berada di atas pentas dengan memakai baju merah bersama kita semua pada hari pertama. Saya tengok tak kekok langsung seperti yang diramalkan oleh ramai pemberita sebelum ini,” katanya.

Artikel Sebelum

Jangan Paksa Najib-Muhyiddin Berpeluk - Zahid

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain